Calon lega sudah tunai tanggungjawab mengundi

SHAH ALAM -  Dua calon N41 Batu Tiga,  Abdul Halim Omar s mewakili Pakatan Harapan (Harapan)  serta calon Pas,  Abdul Halim Omar selesai membuang undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,  di sini,  hari ini.

Kedua-dua calon dilihat tiba berasingan di pekarangan pusat mengundi iaitu Abdul Halim pada jam 8.10 pagi,  manakala Rodziah pada jam 9.15 pagi.

Abdul Halim yang berkemeja hijau gelap dan bersongkok ditemani pembantunya, dilihat turut menyantuni orang ramai yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Abdul Halim beratur di saluran tiga bagi membuang undi,  sebelum selesai kira-kira 45 minit kemudian.

Beliau ketika ditemui berkata,  berasa lega kerana sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

"Ini (mengundi) juga salah satu permulaan untuk saya beri perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Beliau kemudian beredar keluar dari pekarangan pusat mengundi pada jam 9 pagi untuk melawat kira-kira 20 pusat mengundi lain di Shah Alam.

Sementara itu, Rodziah yang berbaju kurung biru muda hadir bersama empat orang anaknya yang juga pertama kali mengundi pada PRU14 kali ini.

Bagaimanapun,  suaminya yang akan mengundi di lokasi sama tidak dapat hadir bersama kerana bekerja dan akan mengundi pada sebelah petang.

Rodziah mengundi di saluran dua dan selesai kira-kira jam 9.45 pagi, manakala keempat-empat anaknya mengundi di saluran empat.

"Saya gembira melihat kehadiran orang ramai pada hari ini yang datang sejak awal pagi,  walaupun terpaksa beratur panjang tapi mereka dilihat dalam keadaan tenang dan bersabar.

"Saya harap pihak SPR dapat beri masa kepada pengundi dan jangan tergesa-gesa... biarkan mereka memilih dengan tenang," katanya yang sudah empat kali mengundi di lokasi sama sejak menetap di Shah Alam.

Abdul Halim OmarAbdul Halim Omar sBatu Tiga
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular