Tidak takut mengaku ahli Pas

SETIU – Ahli dan penyokong Pas khususnya di kawasan kubu kuat BN tidak lagi takut atau bersembunyi untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli Pas.

Calon Pas Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, perkembangan itu menunjukkan mereka sudah mula membuka minda ke arah mewujudkan perubahan demi kesejahteraan generasi hari ini dan akan datang.

Menurutnya, sikap positif itu turut dipuji dan berharap mereka istiqamah supaya tidak mudah 'dibeli' dan lari dari perjuangan sebenar parti.

“Perjuangan yang dimaksudkan ialah ikhlas untuk melihat negeri dan negara ditadbir berpandukan syariat Islam melalui pimpinan dalam kalangan ulama dan ustaz.

“Tidak akan wujud satu pun alasan untuk kita tidak terus bersama jemaah untuk bekerja dan berusaha memenangkan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Darat Batu Rakit dan Markaz Pemuda UPU Batu Rakit di Tanjung, di sini.

Mohd Shafizi berkata, beliau turut tersentuh apabila seorang pimpinan lama turut hadir walaupun uzur dan berkerusi roda pada majlis berkenaan.

Mohd Shafizi IsmailPas Batu Rakit
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :