DAP boleh bagi BR1M RM2,000

SEREMBAN - Pemberian BR1M RM2,000 bukan mustahil untuk dilaksanakan, walaupun tanpa GST.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu boleh menjadi realiti melalui pengurusan kewangan telus dan teratur.

"Saya sebenarnya tak banyak pengalaman, cuma setakat jadi ketua menteri selama 10 tahun.

"Jadi, saya nak ambil contoh di Pulau Pinang. Sungguh pun tak ada GST, kita tetap boleh untung.

"Sampaikan laporan Ketua Audit Negara 2015 sebut yang kerajaan negeri berjaya siapkan hampir 100 peratus projek pembangunan," katanya.

Di sebalik pencapaian itu, kata beliau, mereka sekadar membelanjakan sekitar 55 peratus daripada peruntukan sedia ada.

"Maknanya kita dah jimatkan 45 peratus. Dengan jumlah itu, macam-macam kita boleh buat.

"Asalkan jangan ada pihak 'makan' duit berkenaan. Kalau itu berlaku, nanti rakyat takkan merasa manfaatnya.

"Lebihan itu cukup untuk hapuskan GST dan beri BR1M sebanyak RM2,000," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Ceramah Bina Harapan Malaysia di Taman Ampangan, di sini, malam tadi.

Lim Eng GuanBR1M
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular