BN yakin ‘tawan’ Ayer Hitam

BATU PAHAT - BN Ayer Hitam yakin mampu ‘menawan’ kawasan parlimen dengan kemenangan 3-0 dan merampas kembali kerusi Dun Yong Peng yang dimenangi pembangkang pada PRU13 lalu.

Ketua BN Ayer Hitam, Samsol Bari Jamali berkata, beliau berharap pada PRU14 ini rakyat akan dapat memilih dengan lebih bijak wakil mereka untuk kali ini dan tidak membuat kesilapan yang sama pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, kali ini BN Ayer Hitam telah memilih calon yang terbaik yang cukup dikenali dalam kalangan pengundi bagi kerusi Dun Yong Peng dan yakin akan mampu memenanginya.

“Calon berkenaan, Ling Tian Soon yang juga pegawai khas kepada Penyandang Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong sememangnya sentiasa ada di kawasan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Dia (Ah Soon) telah berkhidmat selama lebih lima tahun dalam kawasan Ayer Hitam dan saya yakin dengan jawatan sebagai pembantu khas kepada penyandang wakil rakyat di sini, dia lebih faham dengan masalah tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program ramah mesra calon BN kerusi Dun Semarang di Kampung Parit Tengah, Jalan Parit Botak, di Parit Raja, di sini.

Katanya, calon yang dipilih ini merupakan calon yang cukup dikenali penduduk setempat.

“Bukannya seperti sesetengah calon daripada pembangkang yang meletakkan calon luar.

“Ada kalanya mereka kurang mahir dengan lokasi setempat, inikan pula untuk menyelesaikan masalah penduduk tempatan,” katanya.

Batu Pahat BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular