BN Sabah sokong isytihar darurat di DUN Bugaya

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong pengisytiharan darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu bersesuaian dengan keadaan negara yang masih berhadapan dengan penularan wabak Covid-19.

"BN dan UMNO Sabah menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk pengisytiharan Proklamasi Darurat di DUN Bugaya.

"Ia sekali gus membatalkan dan menunda PRK DUN Bugaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah sebelum ini telah mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bagi PRK Bugaya sekiranya pilihan raya di kawasan itu diteruskan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong memperkenan untuk mengisytihar darurat bagi bahagian Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah diadakan serentak pada 16 Januari 2021.

BN PRK Bugaya
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular