Saifuddin tetap anggap dua penjuru

KUANTAN - Calon PKR bagi kerusi P082 Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan pertembungan di parlimen berkenaan hanya dua penjuru di antara Pakatan Harapan yang mewakili rakyat dan BN.

Saifuddin bagaimanapun berkata, pihaknya menghormati keputusan mana-mana parti lain untuk bertanding.

Beliau secara sinis berkata, dalam konteks sekarang, ada parti lain yang bekerjasama dengan BN namun itu hanyalah sandiwara mereka.

“Bagi saya ia tetap persaingan antara BN dan rakyat.

"Saya juga lihat 'mood' rakyat adalah bersama dengan parti yang mewakili mereka. Rakyat mahu parti yang ada pendirian yang jelas iaitu mahu GST atau tidak, mahu subsidi minyak atau tidak,” katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon di pusat penamaan calon di Wisma Belia, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, pihaknya melihat isu tersebut secara jelas dan tidak gentar bertemu lawan di P082.

Dalam pada itu, Saifuddin sempat menyampaikan amanat kepada 200 penyokongnya agar bekerja kuat untuk menang di Indera Mahkota

Saifuddin AbdullahIndera Mahkota
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular