BENTONG - Kekecohan berlaku di Pusat Penaman Calon di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Bentong apabila calon calon Harapan mempersoalkan status pencalonan BN di Dun Ketari, Datuk Lau Hoi Keong.
Kekecohan tersebut belaku kira-kira jam 11.35 pagi apabila calon Harapan, Wong Tack meminta Hoi Keong menunjukkan kad pengenalannya dengan mendakwa kad pengenalan calon BN itu tidak beralamat di Pahang.
Kekocahan tersebut turut melibatkan calon calon Harapan iaitu di Dun Ketari, Young Syefura Othman, Dun SabaiKamache Doray Rajoo dan Dun Bilut, Lee Chin Chen
Sehingga jam 12.00 tenga hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan senarai calon yang bertanding di Parlimen Bentong dan Dun dibawahnya.