Ahmad Razif calon pertama serah borang

KUALA NERUS - Menteri Besar yang juga calon BN Dun Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba di Pusat Penamaan Calon PRU14 Parlimen Kuala Nerus di gelanggang silat, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak kira-kira jam 9 pagi ini.

Beliau yang memakai baju Melayu biru sebelum itu berarak sejauh 500 meter bersama keempat-empat calon BN dan diiringi penyokong.

Ahmad Razif menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi dan selesai kira-kira 10 minit kemudian.

Terdahulu, kira-kira 5,000 penyokong ketiga-tiga parti bertanding iaitu BN, Pas dan Pakatan Harapan hadir memberikan sokongan kepada calon mereka seawal jam 7.30 pagi.
 

Ahmad Razif Abd RahmanKuala Nerus Seberang Takir
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :