Penamaan lancar di Marang

MARANG - Suasana di pusat penamaan calon bagi Parlimen Marang yang bertempat di Pejabat Tanah Dan Daerah Marang di sini ketika ini masih terkawal.

Pasukan polis kini mula mengawal sekitar lokasi pusat penamaan sejak pukul 7 pagi tadi manakala proses penamaan calon pada PRU14 yang bermula pukul 9 pagi berjalan dengan lancar.

Parlimen Marang bakal menyaksikan pertembungan antara calon BN, Mohamad Nor Endot, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon Harapan, Dr Zawari Sulong.

Terdahulu, calon Harapan tiba sekitar jam 8 pagi diikuti calon BN manakala calon Pas diketuai presiden Pas tiba  kira-kira jam 9.20 pagi manakala urusan pendaftaran calon berakhir sekitar jam 9.45 pagi.

Abdul Hadi AwangPas Marang
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :