Calon 3 penjuru bersemuka hari ini

KUALA PILAH - Parlimen Kuala Pilah bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru dari BN, Pakatan Harapan (Harapan) dan Pas membabitkan satu kerusi Parlimen dan lima Dun.

Proses Penamaan calon bagi Parlimen Kuala Pilah (P.129) berjalan lancar tanpa ada sebarang pergaduhan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengawal keadaan.

Kesemua bakal calon BN menyarung baju Melayu dan bagi bakal calon wanita mengenakan baju kurung, berkumpul seawal 8 pagi di Bangunan Umno Bahagian Kuala Pilah, sebelum berarak ke Pejabat Daerah Kuala Pilah sejauh 1.5 kilometer.

Dengan kekuatan penyokong seramai 350 orang, bakal calon-calon BN tiba di pejabat daerah kira-kira jam 9.25 pagi bagi menyerahkan borang penamaan calon.

Manakala barisan Harapan, lain ceritanya apabila seramai 150  orang berkumpul di perkarangan tempat letak kenderaan di hadapan bank Simpanan Nasional.

Harapan berkumpul seawal jam 8 pagi sebelum pernamaan calon dan bergerak ke Pejabat daerah dan Tanah Kuala Pilah menyusuri jalan utama dan menyerahkan borang penamaan calon kira-kira jam 9.11pagi  kepada Pengurus Pilihan Raya Umum, Syahrul Nizam Saleh.

Manakala rombongan Pas hadir pada penamaan calon jam 9.04 pagi dan menyerahkan borang calon di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Pada jam 9.45 pagi selesai penyerahan borang penamaan calon mewakili masing-masing.

Kuala Pilah
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :