Lebih 100 penyokong PN berkumpul sejak awal pagi

TUARAN - Lebih 100 penyokong parti Perikatan Nasional (PN) berkumpul seawal jam 6.30 pagi di hadapan Pejabat Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tuaran bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor yang memakai baju Melayu berwarna merah tiba di pejabat Perhubungan Bersatu Bahagian Tuaran kira-kira jam 7.40 pagi bagi mengiringi Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bertemu penyokong di pekarangan pejabat berkenaan.

Penyokong juga kini dilihat mulai membanjiri perkarangan pejabat dengan membawa bendera lambang PN sebagai tanda sokongan kepada calon PN.

Hajiji kemudian dijadualkan bergerak ke Dewan Seri Sulaman Tuaran yang terletak kira-kira 500 meter bagi proses penamaan calon.

Turut kelihatan anggota keselamatan dan petugas kesihatan bagi memantau orang awam supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk menjaga jarak fizikal bagi mengelak penularan Covid-19.

PRN Sabah
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular