Sanusi perlu ikut garis panduan ketika berkempen - Ahmad Samsuri

SETIU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dilarang untuk berkempen sepanjang pilihan raya negeri (PRN) kali ini, namun pemimpin itu perlu mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, garis panduan ditetapkan kepada calon dan penceramah jemputan itu bagi memastikan tiada ucapan yang menyentuh isu-isu sensitif khususnya melibatkan 3R (agama, raja dan kaum).

"Bagaimanapun, kita mengingatkan semua pimpinan dan calon agar mengikuti garis panduan yang telah kita edarkan secara dalaman. Ia (garis panduan) bukanlah benda baru, kita dah amalkan sejak bertahun-tahun dulu.

"Dalam masa sama, kita juga ada buat perbincangan dalaman bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi di kalangan para pimpinan dan penceramah-penceramah kita, itu memang sentiasa kita perbaiki dari semasa ke semasa.

"Setakat ini, Pas tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Sanusi, namun menasihatkan secara umum termasuk kepada semua ahli politik agar mereka lebih berhemah semasa kempen nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah Pekerja TDM Plantation Sdn Bhd di Ladang Jaya dekat Sungai Tong di sini pada Rabu.

Sementara itu, ditanya sama ada tindakan terhadap Sanusi itu adalah satu bentuk pembunuhan karakter, Ahmad Samsuri berkata, masyarakat boleh membuat penilaian sendiri berkaitan perkara itu.

"Saya tak nak komen tapi masyarakat boleh dengar dan nilai sendiri apa yang dikatakan seorang menteri di peringkat pusat... yang sebut mereka ada perancangan untuk membuat macam-macam perkara...ia sudah tular pun di TikTok.

"Apa ni sebenarnya?. Kita nak hadap pilihan raya ke nak buat 'character assassination' (pembunuhan karakter)..kalau pilihan raya kena buat cara pilihan raya," katanya.

Selasa lalu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah

Terengganu