Proses undi Parlimen Kota Melaka lancar

BANDARAYA MELAKA - Proses pengundian PRU14 untuk kawasan Parlimen Kota Melaka berjalan lancar hari ini tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Semangat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi jelas kelihatan apabila ramai pengundi mula beratur di luar pusat-pusat pengundian seawal jam 7.30 pagi.

Antara yang awal turun mengundi termasuklah calon Bebas untuk Dun Kota Laksamana, Sim Tong Him, yang mengundi di Sekolah Pendidikan Khas Semabok.

Selain itu, calon BN untuk Parlimen Kota Melaka, Eric Choo Wei Sern, turut menjadi pengundi awal yang melaksanakan tanggungjawab beliau dengan ditemani isteri Lee Su Ann, 28.

Sementara itu, berbeza keadaan di SK Petempuan Durian Daun, keadaan di SJK (T) Melaka (Kubu) agak lengang dengan jumlah pengundi yang tidak begitu ramai.

Kiat Lee (dua, kiri) menunggu giliran untuk mengundi.

Antara yang mengundi di sekolah ini adalah calon BN untuk Dun Duyong, Lee Kiat Lee, yang diiringi isterinya, Rennie Leong.

Eric Choo Wei SernLee Kiat LeeBandaraya Melaka
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular