Adly Zahari Ketua Menteri Melaka ke-11

MELAKA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Melaka, Adly Zahari bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-11 hari ini selepas kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) menguasai negeri Melaka pada PRU14, 9 Mei lalu.

Ia selepas kesemua 15 Adun yang memenangi kerusi masing-masing semalam sebulat suara memilih Adly yang memenangi  Dun Bukit Katil.

Adly, 47, dijadualkan akan mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, kira-kira jam 3 petang ini.

PRU 14 lalu, Adly menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Puhat Bedol dari Pas dengan majoriti 3,159 undi.

Harapan mencapai majoriti mudah setelah mengusai 15 kerusi Dun daripada 28 kerusi keseluruhan di Melaka.

Adly ZahariBandaraya Melaka Pakatan Harapan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :