Angkat sumpah ketua menteri esok?

MELAKA - Ketua Menteri baharu Melaka dijangka mengangkat sumpah selewat-lewatnya esok, selepas Pakatan Harapan (Harapan) negeri mencapai persepakatan dalam kalangan parti komponen.

Pengerusi Harapan Melaka, Adly Zahari berkata, semua parti komponen diminta menamakan calon masing-masing dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat khas, hari ini.

“Kita akan membincangkan dalam masa terdekat, pemilihan jawatan bagi ketua menteri.

"Sebaik mencapai ketetapan, kita akan umumkan siapa menjadi ketua menteri secepat mungkin," kata Adly, dalam sidang media di pejabat Parti Amanah Negara negeri Melaka di Bukit Katil, hari ini.

Adly ZahariMelaka
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :