Chean Chung menang bergaya

KUANTAN -  Penyandang Dun Semambu , Lee Chean Chung menang bergaya dengan majoriti 5,511 undi.

Chean Chung yang berdepan saingan tiga penjuru mempertahankan kerusinya dengan 14,991 undi menewaskan calon Pas, Mohd Yusof Hashin 9,480 undi dan calon BN, Quek Tai Seong yang memperoleh 7,323 undi.

Chean Chung berkata , sokongan padu dan kerja keras jentera PKR amat membantu kepada kemenangan tersebut.

"Gandingan mantap di Parlimen juga menjadi faktor kemenangan dengan majoriti lebih tinggi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka,"katanya kepada media selepas ditemui sejurus pengumuman rasmi dibuat , semalam.

Chean Chung berkata, dia akan melaksanakan khidmat yang terbaik untuk rakyat berdasarkan manifestonya.

Katanya, keputusan PRU kali ini menunjukkan kuasa rakyat mahu kerajaan yang adil.

Pada PRU13, Chean Chung menang dengan majoriti 3,200 undi.

Lee Chean ChungKuantan Pakatan Harapan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :