Ubah waktu mengundi gara-gara sesak

PARIT BUNTAR - Calon BN Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang dijadualkan membuang undi pagi ini di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif, Tanjung Piandang terpaksa menangguhkan hasrat itu kepada jam 3 petang nanti berikutan keadaan di pusat mengundi terbabit terlalu padat dengan kehadiran orang ramai.

Abdul Puhat berkata, keputusan terbabit dibuat bagi menghormati dan memberi laluan kepada pengundi yang tiba seawal dan terpaksa berbaris panjang bermula jam 8 pagi.

Menurutnya, terdahulu beliau telah pun hadir ke beberapa pusat mengundi sekitar Parit Buntar bagi meninjau dan memberi sokongan kepada semua pengundi di parlimen itu.

“Sehingga jam 10 pagi tadi, saya menjangkakan 30 peratus pengundi di parlimen ini menjalankan tanggungjawab mereka berikutan keadaan cuaca yang baik.

“Namun saya ingin menasihatkan dan menyeru semua pengundi khususnya golongan muda agar keluar awal sebelum jam 3 petang ini kerana keadaan cuaca di sini tidak menentu,” katanya.

Menurutnya lagi suasana di kesemua pusat pengundian sekitar Parit Buntar berjalan lancar dan tenang namun di Titi Serong dan Tanjung Piandang berlaku sedikit kesesakan berikutan keadaan jalan utama yang sempit dan padat dengan kenderaan.

Abdul Puhat Mat NayanParit Buntar BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular