Pengundi rakam kenangan bersama calon

KUALA LANGAT - Calon BN P112 Kuala Langat, Shahril Hamdan antara 1, 851 pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar sempena PRU14.

Beliau yang hadir dengan aksi bersahaja menunggu giliran beratur di saluran empat turut mendapat perhatian pengundi apabila mereka memohon merakam kenangan bersama calon.

"Saya teruja dengan sokongan pengundi hari ini dengan sikap mesra mereka dan percaya mereka sudah membuat pilihan yang tepat.

"Bagi saya itu antara indahnya demografik politik di Kuala Langat," katanya yang akan singgah ke beberapa pusat mengundi yang lain.

Shahril antara calon termuda di Kuala Langat bakal memberi saingan bersama calon Pakatan Harapan 9Harapan), Dr Xavier Jayakumar dan calon Pas, Datuk Dr Yahya Baba.

Selain itu, beberapa petugas SPR turut menjalankan kerja membantu pengundi menunjuk arah ke bilik saluran yang tepat kepada pengundi yang baru tiba.

Shahril HamdanKuala Langat BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :