Manifesto tambahan BN Terengganu bukan retorik

MARANG - Pusat Hemodialisis Rakyat yang terletak di Telaga Mengkudu dalam kawasan Dun Alur Limbat akan siap dibina dan bakal beroperasi untuk memberikan kemudahan kepada rakyat tidak lama lagi.

Projek kesihatan rakyat dibangunkan oleh kerajaan negeri menerusi usaha calon BN Dun Alur Limbat, Datuk Saiful Bahri Baharuddin membuktikan manifesto tambahan BN Terengganu bukan retorik dan janji kosong.

Saiful Bahri berkata, kemudahan disediakan kepada rakyat itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan berikutan ramai dalam kalangan mereka memerlukan rawatan hemodialisis akibat menghidap sakit buah pinggang.

“Sebelum ini, hemodialisis hanya disediakan pihak swasta dan hospital.

"Jadi, biasanya koyang agak tinggi diperlukan untuk menjalani rawatan pada setiap kali pemeriksaan dijalankan terhadap pesakit terbabit.

“Oleh itu, dengan hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pusat ini dapat diwujudkan bagi membantu rakyat yang memerlukan mendapatkan rawatan dengan kos yang minimum,” katanya.

Pusat Hemodialisis Rakyat itu terletak di tingkat bawah Kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) di Telaga Mengkudu.

Pusat ini  kelak akan diselia  oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu  (Maidam).

Dalam pada itu, sebagai calon BN di Dun Alur Limbat, Saiful mengharapkan sokongan pengundi kepada BN supaya lebih banyak pembangunan dan kemudahan dapat diwujudkan pada penggal akan datang.

Katanya lagi, rakyat perlu membuat penilaian dan pemilihan yang bijak pada 9 Mei ini jika tidak mahu ketinggalan dari aspek pembangunan prasarana dan projek kesejahteraan rakyat berbanding Dun lain disandang BN.

Saiful Bahri BaharuddinMarang Alur Limbat BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular