PRN Sabah: Shahelmey tidak bertanding, beri laluan kepada adik di DUN Tanjung Keramat

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menampilkan Shah Alfie Yahya iaitu adik Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Shahelmey yang sebelum ini penyandang bagi kerusi tersebut tidak mempertahankan kerusinya dipercayai berkaitan dengan situasinya yang digantung keahlian dalam UMNO.

Sekiranya beliau terus bertanding di bawah tiket GRS sekali gus akan menyebabkan beliau berdepan tindakan undang-undang daripada partinya.

Selain itu ia sekali gus mengaktifkan Akta Anti Lompat yang melarang ahli Parlimen bertanding atau keluar dari parti asalnya.

AKAN MENYUSUL