18 calon tanding di Kapar

KAPAR - Seramai 18 calon bekal bertembung untuk kerusi kawasan Parlimen dan Dun di Kapar PRU14, 9 Mei ini.

Untuk kerusi Parlimen Kapar, PRU14 kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru  antara Abd Rani Osman (Pas), M Mohana (BN), Abdullah Sani Abdul Hamid, Pakatan Harapan (Harapan) dan bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S Manikavasagam (PRM).

Menarik lagi, pertembungan di Dun Meru menyaksikan persaingan lima penjuru antara Khairul Anuar Saimon (BN),  Noor Najhan Mohd Salleh (Pas), Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Harapan), Alex Shee Chee Weng (Bebas) dan PRM diwakili, S Manikavasagam.

Sementara itu, muka baharu BN, Datuk Saroni Judi akan dicabar tiga wanita iaitu Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi (Harapan), Wan Hasrina Wan Hassan (Pas) dan N Gandhi (PRM) bagi kerusi Dun Sementa.

Di Dun Selat Klang pula menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Mohd Khairi Hussin (BN) yang bakal bersaing dengan Dr Halimah Ali (Pas), Datuk Abdul Rashid Asari (Harapan); W Jeichandran (PRM) dan Zainal Azwar Kamaruddin (Bebas)

Pengumuman calon itu dibuat tepat jam 11 pagi oleh Pengurus Pilihanraya, Mohd Zainal Mohd Nor sebaik selesai penamaan calon.

Beliau memaklumkan tidak ada sebarang borang pencalonan yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini.

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari.

Abd Rani OsmanAbdullah Sani Abdul HamidM MohanaKapar
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :