PRK Batu Sapi: Tiada lagi kempen secara bersemuka

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tiada lagi kempen secara bersemuka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P185, Batu Sapi.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, arahan itu selaras dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang telah disediakan SPR.

"Ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah dan walkabout juga tidak dibenarkan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

Menurutnya, peraturan itu selaras dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang telah disediakan SPR.

"Pematuhan garis panduan itu akan dikuatkuasakan dengan ketat di semua proses pilihan raya sepanjang PRK berlangsung," katanya.

Beliau berkata, bagi penambahbaikan aktiviti berkempen, SPR mencadangkan calon atau parti hanya dibenarkan membuka satu bilik gerakan sahaja.

"Bilik gerakan kecil atau tempat perkumpulan lain bagi calon tidak dibenarkan," katanya.

PRK Batu Sapi diadakan pada 5 Disember depan selepas kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru pada 2 Oktober lalu.

PRK Batu Sapi SPR
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :