Tiada calon bebas di Ketereh

KOTA BHARU - Tiada calon bebas untuk PRU14 yang bertanding di Parlimen Ketereh dan tiga Dun utama iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas.

Pertembungan tiga penjuru tersebut hanya menyaksikan pertandingan antara Pas melalui Gagasan Sejahtera, BN dan Pakatan Harapan.

Semua calon Pas seperti Dr Md Yusnan, Azami Mohd Nor, Wan Ismail Wan Jusoh dan Nik Mahadi Nik Mahmood tiba di pekarangan Majlis Daerah Ketereh tepat jam 8.38 pagi diiringi selawat oleh lebih 1,000 penyokong yang berada di luar kawasan pagar pejabat tersebut.

Calon-calon BN yang terdiri daripada Azmi Ishak, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Mohamad Azam Ismail pula tiba jam 8.45 pagi dengan laungan 'Hidup Umno' oleh lebih 2,000 penyokong parti itu.

Manakala calon-calon Pakatan Harapan yang terdiri daripada Dr Mohd Radzi Jidin, Che Ibrahim Mohamed, Ab Aziz Ab Kadir dan Mohd Hanapi Ismail tiba seawal jam 8.50 pagi diiringi lebih 800 penyokong.

Ketibaan calon-calon BN di Majlis Daerah Ketereh diiringi lebih 1,000 penyokong. Dari kiri Azmi, Annuar, Md Alwi Che dan Mohamad Azam.

Calon masing-masing mula memasuki pagar pejabat Majlis Daerah Ketereh tepat jam 9 pagi bagi melaksanakan proses penamaan calon.

Tepat jam 10 pagi, Pegawai Pengurus Bahagian Piihan Raya Parlimen Ketereh, Ahmad Robert Abd Rahim dan tiga Dun tersebut mengesahkan tempoh serahan borang pencalonan ditutup manakala jam 10.45 pagi, Ahmad Robert mengumumkan calon untuk Parlimen dan tiga Dun berkenaan.

“Untuk penamaan calon hari ini, semua penyerahan borang diterima seawal jam 9 pagi dan selepas meneliti semua borang, saya berpuas hati dan mengumumkan tiada calon yang digugurkan atau ditolak.

“Hari pengundian awal diadakan pada 5 Mei dan pusat pengundian akan diumumkan nanti,” katanya.

Md YusnanAzami Mohd NorWan Ismail Wan JusohNik Mahadi Nik MahmoodKetereh Melor Kadok
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :