Harap kejayaan Pengerang jadi semangat BN terus perjuangan

KOTA TINGGI - Kejayaan calon BN mempertahankan semua kerusi di Parlimen dan Dun kawasan Pengerang diharap akan menjadi satu semangat kepada semua ahli BN untuk meneruskan perjuangan.

Pengerusi BN Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mandat diberikan kali ini akan digunakan untuk terus memperjuangkan isu rakyat di kawasan berkenaan.

“Harapan saya kemenangan kami akan jadi satu semangat kepada semua ahli-ahli BN khasnya ahli Umno bahawa perjuangan dan perjalanan ini belum selesai.

“Perjuangan kami ini akan diteruskan untuk PRU15. Insya-ALLAH komitmen kami bertiga akan memberi keutamaan dalam isu rakyat yang memberi keutamaan kepada rakyat,” katanya.

Azalina berkata, beliau turut bersyukur kerana diberikan rezeki untuk memimpin Parlimen Pengerang untuk penggal keempat.

Katanya, beliau menyedari mandat diberi merupakan satu tanggungjawab yang besar perlu dilaksanakan untuk rakyat.

“Terima kasih kepada semua pengundi lebih-lebih lagi kepada semua kakitangan, sukarelawan Parlimen dan Umno Pengerang kerana menerima dan menjayakan saya selaku ahli Parlimen di sini.

“Begitu juga yang menjayakan Datuk Ir Syed Sis di Dun Tanjung Surat dan Datuk Sharifah Azizah Syed Zin di Dun Penawar dalam keadaan gelora politik BN pada PRU14 ini,” katanya.

Azalina Othman SaidPengerang
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :