Pengundi atas pagar fokus jentera Amir Khusyairi

TANJUNG MALIM - Pengundi atas pagar menjadi fokus jentera calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi bagi meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, golongan yang terdiri dalam kalangan anak muda itu diharap dapat memberi peluang kemenangan kepada calon yang memilih logo pokok.

“Saya berharap anak muda memberi peluang kepada calon nombor 01 kerana Amir Khusyairi merupakan seorang yang berwawasan, berintegriti dan amanah.

"Calon ini juga seorang peguam yang mempunyai firma sendiri malah khidmat dalam politiknya begitu luas sekali,” katanya pada sidang akhbar pada program Konvoi Anak Muda di Bilik Gerakan Utama di Slim River di sini hari ini.

Menurutnya, pemilihan Amir Khusyairi diakui tidak boleh mengubah kerajaan namun kemenangan memberi mesej jelas kepada kerajaan bahawa rakyat mahu keadaan negara menjadi lebih baik.

Amir Khusyairi Mohamad TanusiPengundi atas pagar PRK DUN Slim perak Amir Khusyairi Mohamad Tanusi
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :