pru14: parlimen tambun ada lagu kome!

Kempen PRU14 bagi Parlimen Tambun bakal bertambah meriah dengan kemunculan lagu bertajuk ‘Tambun Untuk Tambun’ hasil ciptaan calon Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Kempen PRU14 bagi Parlimen Tambun bakal bertambah meriah dengan kemunculan lagu bertajuk ‘Tambun Untuk Tambun’ hasil ciptaan calon Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurut Ahmad Husni, lagu serta lirik lagu berkenaan diciptanya hasil ilham yang diperolehi pada waktu Subuh baru-baru ini dan  akan diedarkan kepada semua peringkat bahagian Parlimen Tambun mulai hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Husni turut berkata, semua calon yang bertanding pada pilihan raya perlu memiliki rangkaian hubungan yang baik khususnya dengan masyarakat setempat demi menjamin kemenangan.

Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Perak