Jauhi pandangan ekstrem agama berbentuk hasutan - Amirudin

KUALA SELANGOR - Rakyat diingatkan menjauhi pihak tertentu yang cuba meracuni pemikiran ekstrem agama berbentuk hasutan di negara ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pandangan ekstrem agama perlu ditolak kerana ia menjejaskan keharmonian kepelbagaian kaum selain taasub kepada pihak tertentu semata-mata.

"Di negeri Selangor saya selalu menitikberatkan bahawa Islam dalam negara, agama dalam negeri kita ini harus dikembangkan dengan semangat, tetapi bukan dengan semangat berkobar-kobar.

"Kalau semangat itu tidak dididik dan dibimbing dengan ilmu (pengetahuan) dan maklumat, akhirnya ia akan membawa kepada elemen taasub," katanya ketika berucap semasa Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang di Jalan Sekolah Kampung Raja Musa, Tanjong Karang di sini Rabu malam.

Amirudin berkata, kerajaan sentiasa menerapkan nilai Islam dalam pemerintahan, tetapi bukan dengan semangat meluap-luap yang tidak membawa kepada kebaikan.

Justeru, tegasnya, fahaman ekstremis berlandaskan perkauman dan berpaksikan agama tidak boleh dibiarkan terus melarat kerana ia boleh membawa kepada kerosakan.

"Gambaran itu sebagai mana berlaku di banyak tempat misalnya di Afghanistan, Iraq dan di kawasan Timur Tengah yang akhirnya memberi watak buruk kepada Islam," ujar beliau.

Amirudin memberitahu, pada masa ini, kerajaan diserang daripada pelbagai sudut oleh pihak tertentu terutama berkaitan Kerajaan Madani.

"Ada yang kata kenapa hendak sebut (Kerajaan) Madani dan kenapa tidak gunakan perkataan lain?

"Saya percaya kita sedang melaksanakan perkara betul dan tidak salah kerana inilah gambaran yang kita sedang memahami persekitaran masa depan," tambahnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah

 

 

Selangor