Harapan nafi buat himpunan bantahan PRU14

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) menafikan mesej mendakwa satu himpunan bantahan PRU14 calon-calon gabungan itu sedang berlangsung sejak jam lima petang tadi.

Media Harapan dalam satu kenyataan berkata, penyebaran di Whatapps mengenai himpunan tersebut adalah tidak benar.

Dalam sebaran mesej itu, dikatakan terdapat himpunan bantahan oleh calon-calon Harapan di Padang MPPJ dan Hotel Palace of Golden Horses.

Bantahan itu kononnya dibuat atas kekalahan Harapan dalam PRU14 setelah mendapat maklumat awal keputusan PRu14.

Mesej itu turut mendakwa calon-calon Harapan diminta berkumpul dan berjumpa dengan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengelakkan mereka dibeli oleh BN dan melakukan penipuan.

Sementara itu, dalam satu sebaran media oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Komunikasi dan Mobilisasi Harapan, Mohamad Sabu, penyokong Harapan dinasihatkan hadir ke Padang Timur Petaling Jaya bermula jam enam petang bagi menunggu keputusan PRU14.

"Demi saling menjaga keselamatan masing-masing, sila berkumpul di satu tempat sahaja dan elakkan daripada berkeliaran di kawasan yang tidak perlu," menurut sebaran itu.

Pakatan Harapan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular