Calon Pas akui bersaing sengit

PUTRAJAYA - Calon Pas Putrajaya, Prof Dr Zainal Abidin Kidam menyifatkan pertandingan tiga penjuru di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu menyebabkan persaingan lebih sengit dan sukar untuk meramal kemenangan.

Zainal Abidin berkata, beliau berpandangan sama ada menang atau kalah, majoriti yang direkodkan oleh setiap calon berkemungkinan tidak besar.

Kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zainal dan penyandang  yang juga Setiausaha Agung BN dan Menteri wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan calon gabungan pembangkang PKR, Datuk Samsu Adabi Mamat.

Jumlah pengundi berdaftar bagi PRU-14 di Parlimen itu ialah seramai 27,306 pengundi.
 

Prof Dr Zainal Abidin KidamPutrajaya
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :