Tiga penjuru bukti demokrasi

TELUK INTAN – DAP Perak menganggap pertembungan tiga penjuru di 66 kerusi Parlimen dan Dun negeri ini adalah bukti kejayaan demokrasi diamalkan negara dalam politik.

Pengerusinya, Nga Kor Ming  berkata, semua mempunyai hak untuk bertanding, namun ia harus dilihat sebagai pertandingan sihat, bukan hanya untuk memecahkan undi.

“Saya merayu kepada rakyat jangan undi mereka yang mahu pecahkan undi pihak pembangkang..apa yang penting pilih Harapan  yang  boleh melakukan perubahan dan pilih pada perubahan,” katanya.

Nga Kor Ming berdepan dengan persaingan tiga penjuru di kerusi Parlimen  Teluk Intan pada PRU14, 9 Mei ini.

Beliau  akan dicabar calon BN, Datuk Seri Mah Siew Keong dan  calon Pas, Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

Dalam perkembangan sama, beliau mahu pengundi khususnya penjawat awam di Parlimen Teluk Intan  berani melakukan perubahan .

Katanya, penjawat awam khususnya tidak perlu bimbang kerana setiap undi adalah rahsia  dan tiada tindakan akan diambil.

“Malahan jika diubah  kerajaan, saya rasa penjawat awam akan  dapat lebih imbuhan  seperti di Selangor dan  Pulau Pinang.

“Undi adalah rahsia, jangan takut jangan gentar untuk keluar mengundi. Berani melakukan perubahan,” katanya.

BNPASDAP
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :