Agong perkenan isytihar darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan isytihar darurat bagi bahagian Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, pengisytiharan darurat membolehkan PRK Gerik dan Bugaya dibatal, ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditentukan kelak.

Pada 27 November lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik dan DUN Bugaya akan diadakan serentak pada 16 Januari depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, turut diadakan serentak adalah tarikh penamaan calon pada 4 Januari.

Pada 16 November lalu, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang kerana sakit jantung.

Sementara itu, ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah pula dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya kerana menderita sakit buah pinggang.

Hasbullah OsmanSPR PRK Gerik PRK Bugaya Agong
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :