UMNO ada 11 calon PRK Parlimen Gerik

IPOH - UMNO Bahagian Gerik telah mengemukakan 11 calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik yang akan berlangsung bulan depan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kesemua nama tersebut dikemukakan ketika perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gerik pada Jumaat lalu.

Menurutnya, bagaimanapun calon yang berminat masih boleh mengemukakan biodata masing-masing kepada UMNO Perak untuk dipertimbangkan sebelum jam 5 petang ini.

"Setiap nama yang dicalonkan pula kena bersedia kerana saya akan bawa nama mereka yang bersedia untuk tidak terpilih sebagai calon supaya mereka tak kecewa.

"Nama akan dibawa ke mesyuarat pengurusan sebelum diputuskan oleh Presiden seorang calon yang layak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, 11 individu yang dikemukakan itu mempunyai pelbagai latar belakang termasuk ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Gerik.

Saarani MohamadUMNO PRK Gerik
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :