Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Tujuh ‘manifesto bangsa’ dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurut Ahmad Zahid, manifesto-manifesto yang dibentangkan itu akan menjadi satu gagasan buat UMNO sebagai parti keramat orang Melayu.
“Inilah manifesto sebelum manifesto. Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat. Saya percaya tujuh manifesto bangsa ini yang merangkumi tujuh Lembayung Arjana (kejayaan) Bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Sayap-Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, malam tadi.
Tujuh manifesto yang dibentangkan adalah seperti berikut:
1. Lembayung Kesejagatan Politik
2. Lembayung Ekonomi Maqasid Syariah
3. Lembayung Pengangkasaan Pendidikan
4. Lembayung Keselamatan Negara
5. Lembayung Antarabangsa
6. Lembayung Raja-Raja Melayu
7. Agama Lembayung Peradaban
Di dalam ucapannya itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menekankan kepentingan mentaliti untuk menang menjelang PRU14 yang bakal berlangsung tahun hadapan.
“Gerbang PRU14 kian kita hampiri. Dari hitungan ‘eddah’ politik tempoh tamat penggal ini akan berakhir pada Jun 2018. Tidak boleh lari dari jeda masa itu kita akan turun ke gelanggang sederap serentak.