Ribuan mula banjiri Ceramah Mega PH

PORT DICKSON - Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat Port Dickson membanjiri ceramah mega PH berhampiran PD Waterfront, di sini, hari ini.

Orang ramai dilihat sudah mula berkumpul di pekarangan Bilik Gerakan Utama PH, di sini, seawal jam 8.00 malam bagi menantikan kehadiran pemimpin tertinggi PH.

Ketibaan calon PH di PRK Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 9.25 malam disambut meriah laungan ‘reformasi’ menyambut ketibaan beliau.

Ceramah mega di Port Dickson pada kali ini dinantikan ramai pihak kerana ia menghimpunkan pemimpin tertinggi PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Lebih menarik, Pengerusi PH yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal membuat kemunculan istimewa dalam ceramah tersebut.

Selepas sekian lama tidak berjuang bersama, kemunculan kedua-dua tokoh politik negara yang bakal berkongsi satu pentas itu pastinya menarik perhatian ramai.

Pakatan Harapan