'sudah isytihar harta, cuma tambah aset camry lelong'

SHAH ALAM - Calon Pas, Dr Halimah Ali bersedia mengisytiharkan hartanya atas  semangat telus dan bersih.

Dr Halimah berkata, beliau sebelum ini telah membuat perkara sama sewaktu menyandang jawatan Exco kerajaan negeri sepuluh tahun lalu.

Menurutnya, beliau menggalakkan calon PH, Halimey Abu Bakar membuat perkara yang sama.

"Inilah yang dilaungkan dalam reformasi, Malaysia baru mengenai integriti tanpa perlu maklumat itu dibongkarkan oleh rakyat.

"Saya dah buat pengisytiharan jika ada pun tinggal tambah kereta Camry 'buruk' yang dilelong oleh kerajaan negeri sewaktu saya sandang jawatan Exco," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pas-Umno Selangor PRK Seri Setia bertempat di Pejabat Pas Negeri yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri dan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Roslan Shahir berkata, pengisytiharan tersebut penting sebagai melahirkan pemimpin berintegriti.

"Kita nak rakyat berpeluang memilih calon yang paling layak, bersih, cekap dan penuh integriti.

"Kita cabar calon Pas dan PH isytihar harta sebelum hari pengundian PRK Seri Setia biar rakyat tahu pemimpin yang dipilih tak menyalahguna kuasa," katanya.

 

Pas Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN :