Saya tak sokong kelentongraksi: Halimah

PETALING JAYA - "Tak sokong kleptokrasi tak bermakna saya menyokong kelentongraksi," seloroh Calon Pas PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Beliau menyeru pengundi untuk memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat Dun Seri Setia.

Menurutnya, Selangor memerlukan pembangkang yang kuat untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'.

"Bagus macam mana pun kerajaan jika tidak ditegur mereka akan menjadi lupa dan leka.

[ARTIKEL BERKAITAN: PH lawan Pas di Seri Setia]

"Justeru saya perlukan sokongan anda khususnya pengundi atas pagar yang pangkah PH pada PRU lalu untuk memilih saya sebagai wakil rakyat Dun Seri Setia," katanya.

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk bersuara dalam Sidang Dun kerana mempunyai pengalaman sebagai Adun dan Exco.

"Saya mempunyai pengalaman dan tahu selok belok pentadbiran jadi kerajaan tak boleh nak kelentong.

"Pembangkang yang kuat adalah yang boleh menegur kerajaan dan memperjuangkan hak rakyat," katanya.

Dr Halimah Ali merupakan penyandang kerusi Adun Selat Klang selama dua penggal sejak 2008.

PRU14 menyaksikan Dr Halimah gagal mempertahankan kerusi Selat Klang selepas tewas kepada Datuk Abdul Rashid Ashari (PKR) yang menang dengan majoriti 500 undi.

PAS