Nor Irwan Ahmat Nor

Datuk Ir Dr Nor Irwan Hj Ahmat Nor ialah calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya pada PRU14.

Ayahnya berasal dari Kuching, Sarawak dan berkhidmat sebagai tentera sebelum bersara dan seterusnya berniaga sendiri. Ibu bernama Siti Fatimah berasal dari Alor Gajah, Melaka. Seorang suri rumah sepenuh masa.

 

Memulakan kerjaya sebagai RA di UTM, Skudai. Kemudian sebagai Pensyarah pada tahun 2003 di UTHM. Seterusnya, bermula tahun 2009 hingga kini menjalankan perniagaan sendiri.

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Kerusi: P194 Petra Jaya
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU14- P194 Petra Jaya

Pendidikan awal di SRK Tambichik Karim, Melaka (Darjah 1 dan 2).
Pendidikan Darjah 3 - 5 di SRK Gita, Kuching Sarawak.
Tingkatan 1-3 di SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching Sarawak
Tingkatan 4-5 di SMK Petra Jaya, Kuching Sarawak
Seterusnya, melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kejuruteraan Awam (Bachelor in Civil Engineering - 2nd Class Upper) di Universiti Teknologi Malaysia dan tamat pada tahun 1999.
Melanjutkan pelajaran di peringkat Master iaitu Master in Engineering (Engineering Management) juga di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2000.
Doctor of Philosophy (Hydrology and Water Resources) di UTM, 2005.