Rohaya Bakar

Dilahirkan di Parit Haji Taib 1, Bagan Serai Perak pada 13 Mac 1960 dan juga merupakan anak jati di tempat bertanding di kerusi parlimen P58 Bagan Serai. Hampir 33 tahun beliau berkecimpung dalam dunia politik bersama PAS

Akan dikemaskini
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Kerusi: P58 Bagan Serai
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU14- P58 Bagan Serai

Dilahirkan di Parit Haji Taib 1, Bagan Serai Perak pada 13 Mac 1960 dan juga merupakan anak jati di tempat bertanding Bagan Serai. Hampir 33 tahun beliau berkecimpung dalam dunia politik bersama PAS. 

Dalam tempoh yang lama itu, beliau pernah diberi taklifan sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK), Naib Ketua DMPK dan Ketua DMPK selama 15 tahun antara yang paling lama. Malahan, beliau pernah menyandang gelaran Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan DMP negeri Perak dan banyak lagi bakti dalam parti ini.

Puan Hajah Rohaya Binti Bakar bukan calang-calang orangnya kerana pendidikan yang beliau adalah daripada Produk PAS sendiri. ILHAM bermaksud Institut Latihan Kepimpinan & Perkaderan Dakwah Islamiyah di bawah kelolaan PAS.

Sebelum itu, beliau telah memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan di Ma’ahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol. Sebut sahaja Al-Ehya Asshariff, pasti ramai yang tahu tentang “tuanya” sekolah ini. Untuk pengetahuan, telah ramai graduan hebat yang lahir dari sekolah ini. Beliau antara mujahidah yang sayogianya kita ambil sebagai rujukan dalam semangat juangnya.