Tuan Ibrahim Tuan Man

Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Pahang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Presiden PAS.

Menang dan kalah pilihan raya

Pada tahun 1999,beliau mula menyertai Pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di Dun Jengka dan memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon Umno,Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi Dun tersebut dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 pula,beliau masih gagal menawan kembali kerusi Dun Jengka pada Piliharaya Umum ke 12, walau bagaimanapun telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi.


 

Akan dikemaskini
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Kerusi: P24 Kubang Kerian
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU14- P24 Kubang Kerian