Mohd Zuhdi Marsuki

Dr Mohd Zuhdi Marsuki,48 tahun (1970) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam SeMalaysia (PAS). Di peringkat parti, beliau merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Kerjaya sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya bermula sejak 1995 apabila menjadi tutor di Jabaran Sains dan Teknologi dan menjadi Pensyarah di jabatan yang sama pada tahun 1999. Beliau pernah diamanahkan di peringkat Pemuda PAS Malaysia seperti Pengarah Institut Kajian Polisi. Kini, beliau diamanahkan sepenuh masa sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan PAS sebagai minda & pasukan strategik kepada PAS serta entiti dalam PAS.

  • 1995 - 1999 : Tutor Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya
  • 1999 - 2016 : Pensyarah Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi , Universiti Malaya
  • 2017 - 2018 : Rektor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
  • Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
  • Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
  • Naib Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)
  • Presiden Persatuan Usrah Kebajikan Profesional Malaysia (UKP)
  • Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Kerusi: P108 Shah Alam
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU14- P108 Shah Alam
  • 1994 : Ijazah Sarjana Muda (Sains) Geografi, Universiti Malaya
  • 1998 : Ijazah Sarjana Sains (Falfasah Sains), Universiti Malaya
  • 2009 : Ijazah Kedoktoran (Eko-Teologi), University of Wales
  • 2007 : Sijil Bahasa Arab, European Institute of Human Science (EIHS)