Khalid Abdul Samad

Yang Berhormat Khalid bin Abdul Samad (lahir 14 Ogos 1957 di Kota Bharu Kelantan) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Parlimen Shah Alam, Selangor bertanding di atas tiket Amanah. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN). Beliau juga merupakan adik kepada Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional, YB Datuk Shahril Abdul Samad. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga, University of leeds, United Kingdom (1979). Ketika di UK, beliau aktif dalam 'Suara al Islam' dan selepas pulang ke Malaysia, beliau aktif dalam PAS, IRC, JIM dan pelbagai pertubuhan Islam lain.

  • Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN).
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Kerusi: P108 Shah Alam
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU14- P108 Shah Alam
  • 1979 : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga, University of leeds, United Kingdom