Senator Datuk Shahanim merupakan ahli Umno/Naib Ketua Puteri Umno Malaysia. Pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia pada 2001. Beliau kemudian dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan.
Pada 2004, beliau meletakkan jawatan dan menjadi usahawan stesen minyak Petronas. Pada tahun sama, beliau dilantik sebagai Puteri Umno Kedah.