Mohd Anuar Tahir

Mohd Anuar Tahir, 65, seorang aktivis sosial daripada Parti Amanah bertanding atas tiket Pakatan Harapan (Harapan) di Parlimen Temerloh(P. 088). Pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) (1996-1998),Naib Presiden Antarabangsa ABIM(1997),Ketua Eksekutif Yayasan Salam Malaysia (1997-1998)dan Group CEO, Kedah Agro Holding Berhad(2008-2013).Beliau juga pernah bertanding di Dun Beseri pada 2004 atas tiket Pas dan Parlimen Padang Besar atas tiket PKR pada 1999.Pernah menjadi AJK Pas Pusat pada 2004 hingga 2015 sebelum beralih arah ke parti Amanah. 

Setiausaha Agung Amanah (2013-hingga kini),Anggota Majlis Presiden Harapan (2017-hingga kini),Anggota Majlis Setiausaha Harapan(2013-hingga kini) AJK Disiplin Majlis Peguam Negara (1987-hingga kini) 

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Kerusi: P88 Temerloh
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU14- P88 Temerloh

Ijazah Sarjana Muda Sosiologi Morehead State University Amerika Syarikat