Chong Chieng Jen

Chong Chieng Jen merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia menwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau kini adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi kawasan Kota Sentosa. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung DAP Sarawak, Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia, Ketua Pemuda Sosialis DAP Sarawak dan ahli seumur hidup DAP semenjak 1998.

Jawatan yang pernah disandang

  • Setiausaha Agung DAP Sarawak
  • Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia
  •  Ketua Pemuda Sosialis DAP Sarawak
Parti Gabungan: Parti Tindakan Demokratik
Parti: DAP
Kerusi: P196 Stampin
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P195 Bandar Kuching
  • PRU12- P195 Bandar Kuching
  • PRU DUN Sarawak 10- P196 Stampin N12 Kota Sentosa
  • PRU13- P195 Bandar Kuching
  • PRU DUN Sarawak 11- P196 Stampin N12 Kota Sentosa
  • PRU14- P196 Stampin

Pendidikan

  • Sarjana Muda Perdagangan (Akaun & Ekonomi) dan Undang-undang, Australian National University, Canberra