Mansor Othman

Dr Mansor Othman merupakan ahli politik PKR dari Pulau Pinang, Malaysia yang memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada 3 Jun 2009 selepas memenangi pilihan raya kecil Penanti, hingga Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.
 

  • 1994 - 1996: AJK Pemadam Pulau Pinang
  • 1993 - 1998: AJK Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri
  • 1994 - 1998: AJK Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang
  • 1994 & 1996: Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
  • Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang dan AJK Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang
  • 1996: AJK Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan
  • Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar
  • Pensyarah dan penyelidik serta pengerusi Unit Kutipan dan Kawalan Data USM
  • Setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 
  • Bertanding di Seberang Jaya (2004) dan Pulau Betong pada pilihanraya umum 2008 tetapi tewas.
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Kerusi: P47 Nibong Tebal
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P44 Permatang Pauh N10 Seberang Jaya
  • PRU12- P53 Balik Pulau N39 Pulau Betong
  • PRU13- P47 Nibong Tebal
  • PRU14- P47 Nibong Tebal
  • Ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Yale Amerika Syarikat