Noraini Ahmad

Datuk Noraini Ahmad (7 November 1967) adalah seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Parit Sulong di negeri Johor. Beliau pernah memengan jawatan sebagai ketua Puteri UMNO. Sejurus selepas pemilihan itu, beliau dinamakan Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam kerajaan Abdullah Badawi. Beliau dilantik oleh kerajaan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Jawatan yang pernah disandang

  • Ketua Puteri Umno
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia
  • Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Kerusi: P147 Parit Sulong
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU12- P147 Parit Sulong
  • PRU13- P147 Parit Sulong
  • PRU14- P147 Parit Sulong