Abdul Hadi Awang

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu dan Ahli Parlimen Marang, Terengganu yang bertanding atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Presiden PAS. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia 2014-2017. Beliau juga merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004).

 

  • Guru Abdul Hadi Awang semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.
  • Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);
  • Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;
  • Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Beliau mula aktif dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi. Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang.
  • Pada tahun 1976, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, beliau dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pada tahun 1978, dilantik menjadi pemangku Naib Yang Dipertua PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1983, beliau bersama Datuk Nakhaei Ahmad sekali lagi terpilih sebagai Naib Presiden PAS. Pada tahun 1989, beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.[12]
  • Berikutan kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003.[13] Beliau menjadi Presiden PAS selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005.
  • Dalam Muktamar PAS ke-61, buat pertama kalinya beliau dicabar untuk jawatan Presiden PAS oleh Ustaz Ahmad Awang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengalahkan pencabar beliau dengan majoriti 695 undi.
  • Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978. Diamanahkan oleh PAS untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.
  • Dalam Pilihanraya 1982 itu, empat orang lagi tokoh pimpinan PAS Terengganu turut memenangi kerusi DUN. Mereka ialah Haji Mustafa Ali (DUN Wakaf Mempelam), Haji Harun Taib (Manir), Haji Abu Bakar Chik (Jeram), dan Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Batu Burok). Kelima-lima mereka ibarat lima jari yang jika digenggam akan menjadi penumbuk yang sangat menyakitkan kerajaan BN ketika itu.
  • Dan kebimbangan itu menjadi realiti, terutama pada setiap kali berlangsungnya sidang DUN Terengganu. Diceritakan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad sampai menitiskan airmata apabila wakil-wakil rakyat PAS membaca ayat-ayat suci al-Quran dan Hadith perihal kemungkaran dan dosa tidak melaksanakan perintah dan hukum Allah dalam sesebuah pemerintahan.
  • Pada 1986, beliau menang sekali lagi di Dun Rhu Rendang (Nama baru bagi Dun Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999.
  • Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November 1999, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac, 2004 di samping menjadi Ahli Parlimen Marang. Beliau turut dipertanggungjawabkan menjadi Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004, menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.
  • Beliau tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008.[16]
  • Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi,[17] menewaskan Datuk Yahya Khatib Muhammad dari BN [18]. Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819, menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN.
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Kerusi: P37 Marang
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P37 Marang
  • PRU11- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU12- P37 Marang
  • PRU12- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU13- P37 Marang
  • PRU13- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU14- P37 Marang
  • Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Haji Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.
  • Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila, tempat beliau tinggal sekarang.
  • Abdul Hadi Awang telah disenaraikan salah seorang 500 muslim yang berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) dalam keluaran The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.