Amiruddin Hamzah

Yang Berhormat Datuk Ir Amiruddin Hamzah adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit dan Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kedah bertanding di atas tiket PAS pada pilihan raya ke-13. Walau bagaimanapun, beliau telah keluar dari PAS dan masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 26 November 2017. Sebelum ini, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Kedah.

Jawatan yang pernah disandang

  • 1984 - 1996: Jurutera di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 
  • 1996 - 1997: TR Properties Sdn Bhd 
  • 1997 - 1999: Pengurus Kanan di Darulaman Realty Sdn Bhd
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PPBM/BERSATU
Kerusi: P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU12- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU13- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU14- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU14- P6 Kubang Pasu

Pendidikan

  • Aston College, Wrexham, United Kingdom 
  • University of Bradford, England dalam bidang kejuruteraan (Civil & Structure).
  • Master in Business Admisnistartion (Management Centre, Bradford University, UK)