Hashim Jasin

Tuan Guru Haji Hashim Bin Jasin adalah Mursyidul Am Pas yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak Pas. Beliau adalah mantan Adun Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket Pas.

Pada 9 Oktober 2016, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.

Akan dikemaskini
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Kerusi: P3 Arau
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P3 Arau N15 Sanglang
  • PRU12- P3 Arau N15 Sanglang
  • PRU14- P3 Arau

Tuan Guru Haji Hashim Jasin bersekolah di Sekolah Melayu Jelampuk, kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Alawiyah, Arau. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Baghdad Iraq dalam Sastera Arab dan Perundangan Islam.