Raja Kamarul Bahrin Shah

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (dilahirkan pada 14 Januari 1955) adalah ahli politik Terengganu dengan latarbelakang selaku ahli pakar jurubina/arkitek terkenal dari Terengganu, Malaysia. 
Beliau merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu. Parti Amanah Negara diwujudkan pada tahun 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Pekerja Malaysia.
Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka.
Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu PRU13. 
Pada 21 Ogos 2015, beliau diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan

  • Jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu dan Istana Melawati(Putrajaya) 
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Kerusi: P36 Kuala Terengganu
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU13- P36 Kuala Terengganu
  • PRU14- P36 Kuala Terengganu
  • PRU14- P36 Kuala Terengganu N16 Batu Buruk
  • Pendidikan Awal di Saint John Institute kemudian pulang ke Terengganu 
  • 1974: Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman
  • The University of Melbourne.